lama pulak rasa tak hapdet blog. busy memanjang. plus takde mood nk menaip. smpai an haritu aku terpikir nak delete blog aku ni. huwaaa apekah aku sudah mereng smpai terpikir mcm tu sekali ?
mereng- mereng aku ni pon ade org suka jugak tahu kahkah. perasan nk meninggal la kau ni amal. *ayt cik epal*
berbalik kepada tajuk entry kali ini. ok sekarang budak-budak degree mostly dh start final exam utk semester ni. kalau aku skrg ni semester 4 la. berbaki lagi 4 semester doee. jauh lagi perjuangan aku utk mendapatkan title ijazah sarjana muda sains komputer ( sistem komputer & rangkaian ) dengan kepujian. gitteww. apa2 pon perjuangan harus diteruskan even carry mark utk subject oop hnya ciput je. separuh pon tak smpai.. hmm malas la den nok cerito kek sini. nanti banjir pulak blog niii.
by the way, utk sem ni subject yg aku dh register ialah sebanyak 8 subject iaitu applied statistics, english for technical communication, family system in islam, mandarin for beginners, network technology, object oriented programming (oop), soft skills 2, and technopreneurship. tapi yang ade final exam hanya lah tiga subjects iaitu applied statistics, oop and network technology.
so far, paper statistics dh selamat dijawab rabu lepas. yg sedang menunggu dua paper lagi 19 and 23 hb ni. pastu boleh balik ekekeke.. pdahal baru je datang sini mggu lepas. mengada betul. cehh rumah ku syurga ku kan. mestilah nk balik. tk kira la baru balik mggu lepas ke, semalam ke, tadi ke. kesah pulak akuuu. kau tahu tak perasaan duk kt umah tu cmne. hehh tk perlu dah nk pikir pasal esaimen, kuiz, project bagai. heaven oulss. ok teremo pulak. kah !
hmmm hmmm. untuk final exam kali ni aku tak berani sgt nk target lebih2. cuma aku berharap pointer aku akn naik balik setelah jatuh menjunam dgn teruknya sem lepas. gila kau tak sedih, nangis tahap tak tido malam kot haritu memikirkan pasal pointer akuu. tp tetap jugak malas cenggini. huwaaa. mohon mak ayah doa byk2 kt kite kt sini ye
sebelum mengakhiri ucapan sy petang ni. ehem ehem *gaya bersyarahan
rsenye belum terlambat utk ucap selamat menduduki peperiksaan akhir semester untuk semua yg student degree di seluruh universiti.
akhiri ucapan dengan assalamualaikum wbt :)
exam fever
