Friday, 16 May 2014

on diet derma darah.

Assalamualaikum wbt

"amal dah kurus pon nak diet lagi" , "ape benda nk diet dietnye amal oi"

haaa tu la ayat yg aku akn dengar kalau orang tahu aku sedang diet. actually aku diet sebab aku nak turunkan berat badan aku ni haa. naik melampau lampau kot. sekarang berat aku hampir angka 5 didepan kahkahkah. *gelak kt diri sendiri*

orang cakap berat badan nie senang naik, and susah sgt nk turun. yaa mmg betul pon. haritu berat aku turun 0.1 kg pon aku happy giloss dh haha. kalau after dua mggu nie berat aku turun 5 kg, perghhh melompat ke bintang la jawapnye hikhikk.

sebenarnye mission aku untuk tidak makan nasi selama 2 minggu. memang ade jugak member aku yg tak caye bila aku cakap aku tak mahu makan nasi selama dua minggu tu. aku sendiri pon agak was-was. macam " betul ke ape aku wat ni" huhu. sebab before ni kalau aku boleh bertahan tak makan nasi pon setakat 2 hari bole laaa.

mission aku start hari ahd haritu. hari ahad ok. isnin ok, selasa pon ok. tp bila smpai hari rabu iaitu semalam kan aku kena gak makan nasi sebab aku nak derma darah. first time nie. mmg nak sesangat derma darah. so aku makan la nasi untuk mgelakkan drp pitam slepas derma.

tapi alhamdulilah, mmg berat aku turun gak la sedikit selepas tiga hari tak menjamah nasi. walaupon penurunan itu tidaklah banyak, akn tetapi perasaan happy aku tu punya la happy, hahahha. ayat ape nth aku guna.

ok. sekarang nk cerita pasal derma darah pulak. almaklumlah pengalaman pertama an. hikhik

actually niat nk derma darah ni dh lama dh ade tp x tercapai capai lagi dek kerana takut. tkde keyakinan beb. orang skeliling pulak duk cakap macam-macam. segelintir je yg bg support suruh derma. hhuhu.

tapi disebabkan semangat nk derma tu mbuak-buak an, aku pon berjalan la seorang diri ke blok w. time tu dah kul 3. supposed bnda tu tamat kul 3. then aku tnye la siti ( roomate aku yg hndle prgrm tu ). dia ckp dtg je sebab belum tutup lagik. bila aku smpai tu dh around 330 petang.

sampai sampai je isi borang then tunggu turn untuk check jenis darah, berat, tekanan darah and so on. btw darah aku type A. huhu sebelum ni aku tak tahu pon darah aku type ape. ok lepas check up tkanan darah tu alhamdulilah la normal kot sbb doktor tu benarkan aku utk derma. tp dia ckp aku boleh derma 350 ml je sbb badan aku kecik katanya. hahaha kecik lah sgt *mata ke atas.

pastu duduk kejap sebab orang ramai. tempat full. time tgh tunggu tu mmg jantung aku bdebar sangat la oi. cuak tgk orang tgh derma. ade yg biase2, ade yg cuak. dan masa tu la jugak ade seorang penderma nie hmpir pitam. mungkin sebab dia tak makan sebelum tu kot. haaa lagi la aku rasa cuak weyhhh. tp aku kuatkan semangat aku. aku yakin tak de ape berlaku. huhu

dan dan dan .. tibalah masa utk aku kena cucuk jarum. memang aku tak pandan tempat lain la time nurse tu cucuk. ahaha rasa sakit jugak la tp pastu hilang cmtu jek. then aku tengok beg tu dan penuh ngn darah aku dah. wahhh bangga jap. dalam 15 min camtu dah siap n penuh dah 350ml. tp sempat jek ambik gambar dengan bantuan siti. hee mekasih siti.



haaa see muka aku gembira betul kan. tengok muka orang yg dh siap derma mcm penat je. kesian. aku siap rse nk lompat2 je lepas siap. nampak tak kepoyoan aku time tuh hahaa.

tapi seriously tak sangka. aku ni duk pikir macam macam dah. takut pengsan la, takut nurse silap cucuk urat la. haihh. pikiran negetif sungguh la makcik nie.

jadinya lepas nie aku rasa macam nk derma lagi disebabkan  tak rse sakit sangat tu. hehee

ok. dah penat menaip. tiga hari baru siap satu entry wakaka.

sekian terima kasih with love, amalina.










Tuesday, 13 May 2014

be important or no 1

Assalamualaikum wbt

homesick ? yes. itulah perasaan yg sedang dialami sekarang. perasaan yg dtg secara tiba tiba dan akan hilang secara tiba-tiba jugak. bila keseorangan lagi la perasaan nk balik tu membuak- buak. takpe lagi sebulan lebih je lagi nk cuti sem. yeayyy

baiklah berbalik kepada tajuk entry ni. but before that, cerita nie takde kaitan antara kekasih au. ia mungkin lebih merujuk kepada sahabat baik, kawan baik, teman baik, member baik. semuanya baik je la senag citer sbb ofkos la kita kawan ngn orang baik-baik je kan.

tajuk nie aku nk relate ngn situasi aku sekarang je k. be important or no 1 ? mana lagi ok? jadi orang penting dalam hidup seseorang or jadi orang pertama dalam hidup seseorang ? for me la, be important lagi ok kot sebab kita nie tak selamanya akan jadi no 1 dalam hidup seseorang tambahan pula dia hanya sahabat bagi kita. lain la kekasih an :P

be no 1 bagi aku agak selfish. sebabnya kita umpama nak kita je no 1 untuk kawan kita tu. walhal dia ade hak jugak, hak untuk berkawan dengan orang lain, orang yang lagi baik, lagi bijak, lagi happening daripada kita. setiap orang ade kebaikan dan kekurangan la kan.

entah la belalang. manusia macam macam ragam. susah nk paham, aku sendiri pon tak paham ngan diri aku ngeh ngeh ngeh:3

jaga hati dan perasaan ? ohhh susah sangat nk jaga hati manusia lagik lagik manusia macam aku yang cepat terasa dan suka terasa atas sebab yg ntah pape. dan sebab tu gak kot ramai tak mau rapat ngan aku. rasa annoyed ngn perangai aku yg satu nie. hmmm aku jugak tak reti nak jaga perasaan orang. biasalah kadang2 tu kita rasa kita dah buat benda yang betul, tapi sebenarnye tak betul pon pada pandangan orang. itulah. pemikiran manusia tak sama an. orang nie pikir lain, orang tu pikir lain. so go on jela ngan ape yg kita buat selagi kita rasa benda tu betul. tak perlu pikir perasaan orang. lantak la orang nk cakap selfish ke ape. huh

pujuk diri sendiri ? kalau nk tahu dulu aku seorang yg sangat sangat cepat terasa. sejak kebelakangan ni je dah kurang sikit sebab ade sentiasa pujuk diri supaya tak cepat terasa. nak buang terus tu mmg tak, cuma berjaya kurangkan sikit sikit tu ok la kan. huhu

ok lah. tak tahu nak tulis ape dah. continue next time pulokk ea. bubye :)